Friday, March 23, 2012

That day

Assalamu'alaikum. Hai! Long time no see? lol

Only now I have times to update my blog, ecehhh. Gua bz yknow, u dont know? isokay. So 21 Mac 2012 harituh keluar dah result spm kan. Well result gua biasa2 je. Biasa2. Kalian tolong fahamlah biasa2 tu mcm mana kann. Alhamdulillah gua bersyukur dengan apa yg ada, ewahh even frust sikit snanye T__T 

Sedih tak lu tengok result gua?

Then balik ambil result semua gua dan family pergi makan luar malamnya tu. Sedap wa cakap lu. Padahal menu sama je. Setiap kali pergi kedai tuh benda yg sama je diminta. Dah family gua cmtu nak cemana lagi. Kan?

Muka seronok dpt makan luar, padahal sebelum tu.... sambung sndri k.

Sekarang pening nak isi UPU. Haihhh banyak sangat kena fikir. Nak semak kelayakan bagai. Oh btw, congrats utk kawan2 semua yg dpt capai target. Or melebihi target. Congrats ya! Yg tak dpt tu, please jgn sedih. This is not the end doe. Jauh lagi perjalanan kita. Watlek ah. 

Then terima kasihhhhhhhhhhhh sangat utk org yg selalu doakan sy. Kenang daku dlm doamu gitu! hihi. Thanks tau, even sy taktau. Tp thanks sgt kat Anis dengan Mim. Dua2 si comel ni, suka buat gua terharu! Trimas :'* Thanks juga yg wish luck and ckp congrats. Even result gua.... k diam. Kang meletup gua.

Tengok blog gua, apa dah jadi. Terlalu simple. Tapi tak kisah sbb gua pun dah 18 tahun kan *senyum lebar* so tak payah nak keanak-anakan ribena lagi lah cm dulu, eeee kutuk diri sendiri. Jgn tiru aksi ini. This new look....inspired by http://cicakdanlelabah.blogspot.com/ Tengok gua dah terobses dengan idolaku ini. Obses? Hell no. Ingat gua psikik ke hapa?

31 Mac 2012 ni abang pula kahwin. I mean, mkn2 kt sini. Dia tak nak bersanding. Pelik? Tipu je korang. Mana ada pelik. Jadi rumah pun tengah renovate. Bnyk pakai duit, ofcoz. Hadiah spm gua tah ada tah tidak. Gua setia menunggu. Dahlah gua nk beli hp baru ni. Parents, sila baca part ni eh? Ewah sejak bila pula parents gua tahu online.




Wednesday, March 14, 2012

Berita penting! V___V

Assalamu'alaikum. Hai!

Oh ya abang saya dah selamat dinikahkan. Tapi saya malas nak upload gambar banyak2 tuh. Kang ramai stalk, ewahh bajet retis nok. K ni ada lagi penting!!!


Macam tak percaya kan? Gua lagi tak percaya :O Harap resultnya boleh menenangkan hatilah, haaaa kemain dahsyat impian kau. 


Tapi yang over ecxited, ialah ibu saya! Dia sibuk je nak datang, nak ambil cutilah bagai. And I was like 'Alaaaaaaa tak payahlah bu, hishhh tak payahlah. Haritu time pmr ibu tak ada pun datang sekolah, ibu kerja je kannn' Lebih kuranglah mcm ni ayat yang keluar lepas ibu menyatakan hasrat hatinya nak teman gua ke sekolah. Dia cakap dia nak buat mcm dengan kakak saya dulu, sama2 berdebar tunggu result, katanya. 


Tak apalah, nak datang sangat kan. Kang result tak gempak jangan balik tutup muka pula tau, bu? Saya bukan tak nak bagi dia datang, tapi saya nak buat surprise sikit kat dia. Dapat bnyk A pun surprise, dapat sebaliknya pun surprise kan? Hahaha, ngek. Tak apa. Saya nak suruh dia cium pipi saya dulu kalau nak tau result saya, hahahaha padan muka. Sebab ibu saya ni mcm tak romantik sangat wa cakap lu T___T sedih tau. Dia nak orang yg cium dia dulu, sabar je gua Y___Y


Eh kepada semua calon SPM 2011 all the bestlah. Kejadahnya all the best. Maksud saya, lek ah k? Saya pun cuak tahap negatif 40 apabila magnesium bergabung dengan sel darah merah. Hambek kau! Merepek dah gua. Jadi sila relax. Ada masa untuk berdoa. Relax, relax, relax.


Kepada Amal, Nina, UmieSerry, Nad kawan-kawan yang jauh dari mata dekat dalam hati, paru-paru dan limpa tidak terkecuali buah pinggang silalah halo2 sama gua. Jangan nak senyap masing2 bila dapat result. Jangan lupa.


Last2. Ayah kawan saya meninggal semalam. Nama ayah dia Badardin. Al-fatihah.





Sunday, March 4, 2012

Sumpah PENAT

Assalamu'alaikum. Hai!


Semalam ada kenduri sikit dekat rumah saya. Ibu saya cakap ni kenduri mendudukkan orang. Ni abang saya nak kahwin 31 mac 2012 so kenduri ni untuk bagi tahu sedara2lah pasal perjalanan nak ke Johor acara kat sini semua. Aah ya abang saya kahwin dengan orang johor nanti. Nikah 11 mac tapi pergi johor 10 mac ni, ewahhhh tak sabar. 'Aku terima nikahnya......' Tak sabar nak tengok mcm mana berpeluhnya abang saya time tuh nanti, hahaha tak sabar! 

Kat atas tuh kawan baik saya. Ya Allah sumpah terharu dengan dia. Kteorg masak sendiri n ada satu menu tempah kat orang. Kalau boleh semua benda dia nak buat, sampai saya rasa macam nak cakap 'EH NI RUMAH KAU KE AKU? PEHAL KAU NAK BUAT SEMUA BENDA?' Tapi dia tetap nak buat juga T___T k fine. Suruh rehat tak nak. Mengada kan. 


Malam tu ramai sedara datang, yeahhh. Pagi sampai petang dah macam2 buat malam bolehlah bergaya, kemain kan. Lantaklah. Saya mempunyai hak untuk itu. Tetiba emo. Sedara semua bincang2 pasal perjalanan, kteorg duduk bincang masalah perasaan masing2.


Yang warna merah tuh yang banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak tolong saya dengan ibu saya. Yang baju ungu yang putih kemain muka tuh pun tolong juga tapi dapat tolong sekejap je sebab dia pun pagi sampai petang kerja. Alahai korang ni omey ah! Kiss sikit :'* Lepas sesi meluah perasaan habis and dorang pun dah habis bincang apalagi keluar nafsu masing2 nak makan, hahaha. Then dah balik semua rasa mcm sedih gila ahhhh bukan selalu dapat jumpa korang dua T____T 

Malam tu walaupun penat sempat lagi skype dengan Serry!  


Then bangun lambat paginya tuh. Amboi penat gilaaaaaaaaa. Ibu saya pun cakap, ni baru kenduri sikit ni kang kenduri kat sini time abang saya kahwin macam manalah agaknya? Sama-samalah kita saksikan nanti. Eh thanks ah aw sebab follow blog saya ni. Sorry sebab tak follow balik sebab kadang2 bila nak follow balik ada problem weyh. Alaaaa t insyaallah kita print screen tunjuk kat korang tau. K take care!










Thursday, March 1, 2012

Kisah benar di P.S Samy

Selamat berhibur dengan kisah ini, ecehhh.


Okay please jangan tepuk kuat-kuat sangat untuk saya, please? HAHAHA. Hari rabu semalam saya telah mengharungi hari yang agak pendek di P.S Samy. Walaupun masa test jpj dapat nombor giliran 71 tapi dapat test awal doe, sumpah wa cakap lu. Mana taknya, dorang main panggil je nombor ikut suka. Okay awesome! Mula je terus bawa kat jalan raya. And I was like 'Oh okay kau relax je k'

Then, eeeee rasa macam 'mencik ah dengan pegawai jpj ni!' Then then dapat result, 16/20. 'Wahai pegawai jpj, saya senanya kan rasa macam thanks ah sebab bagi 16 markah an, saya memang tau nak lulus je, thanks ah an sebab bagi 16 walaupun saya nampak annoying tapi kabut bab kereta pastu ada mati enjin 2 kali tapi thanks ah' 'Memang thanks ah an' Agak korang lah, dapat pelempang tak kalau cakap cmni kt pegawai jpj tu?

Apa pun memang rasa bersyukurlah dah lulus. Alhamdulillah. Tak payah nak menghadap budak2 lelaki yang handsomenya teramat kat situ. Tapi serius, baru sedar RAMAI JUGA LELAKI HANDSOME dekat area ni :O Eh mcm lari tajuk je nyah, kan? K tukar. 

Tanpa disedari saya telah ambil kesempatan atas seorang lelaki :O Mcmni, sepatutnya kena beratur panjaaaaaaaaang sangat tapi saya rasa macam di luar kemampuan je nak beratur panjang2. Oleh itu saya telah menyelit semasa lalu di hadapan seorang lelaki. Ewahh kau sambil lalu terus menyelit? Eh but at least tkde ah main selit je then buat bodoh. Tahu saya buat apa? *Pandang belakang bersama muka comel buka tutup mata 3 kali* K tipu. Saya toleh belakang sambil cakap 'duduk sini tau?' mata bertentang mata, tahu reaksi lelaki tu? dia just angguk2 kepala sambil senyum. Tak terkata dibuatnya. Ewahh nampak tak hebatnya perempuan? hahahaha. 'Terima kasih' sambil pandang depan. 'Kesian dia kena tunggu lama-lama' kata makcik depan saya. Then kawan2 lelaki tu kot senyum dan gelak2. Saya bukan lelaki so tak faham apa maksud diorang. Anyone?

Sorry ah bukan selalu :P eh dah saya kena pergi masak, ecehhh. Bakal ibu awesome ni, jangan main2. K take care! Tapi kan semalam saya rasa ada orang panggil saya, tapi saya tak sure ah siapa. Baju hijau tinggi2 dengan kawan dia baju biru. Ke salah dengar? Entah saya tak tegur pun bukan sebab sombong cuma kang datang kat diorang tetiba 'ada aku panggil kau?' tak pasal2 terjun bangunan.


Kenapa saya heboh sangat pasal test jpj ni? Entah. SEBAB SAYA RASA AWESOME? eeeeeeeee. Maybelah.


!-- nuffnang -->